Lockheed EC-130
Lockheed EC-130

Lockheed EC-130

Lockheed Martin EC-130 terdiri dari beberapa siri versi yang sedikit berbeza dalam keluarga Lockheed C-130 Hercules yangt telah dan masih digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, dan sehingga tahun 1990an oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.EC-130E Airborne Battlefield Command and Control Center (ABCCC) telah dibangunkan berdasarkan pada platform asas C-130E yang menyediakan keupayaan pos arahan udara taktikal 7kepada para komander di darat dan udara dalam persekitaran ancaman udara yang rendah. Pesawat EC-130E ABCCC telah dibersarakan pada tahun 2002 dan misinya telah dipindahkan ke dalam armada pesawat E-8 JSTARS dan E-3 AWACS.EC-130E Commando Solo adalah versi awal pesawat operasi psikologi (PSYOP) yang digunakan oleh Tentera Udara A.S dan Pengawal Udara Kebangsaan. Pesawat ini juga menggunakan kerangka C-130E yang telah diubahsuai untuk dipasang dengan peralatan elektronik misi yang dibersarakan daripada pesawat EC-121S Coronet Solo. Pesawat ini berkhidmat semasa Perang Teluk Pertama (Operasi Desert Storm), Operasi Uphold Democracy, Perang Teluk Kedua (Operasi Iraqi Freedom) dan Operasi Enduring Freedom. EC-130E akhirnya digantikan oleh EC-130J Commando Solo dan dibersarakan pada tahun 2006.